Konsep Kaedah Fiqh Dan 3 Peranan kaedah Fiqh
KONSEP KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Dari segi bahasa,
Kaedah - Tapak, asas rumah dan prinsip
Fiqh - Suatu kefahaman
Kaedah Fiqh - Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu
Dari sudut istilah :
Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
Sebahagian Ulama' mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah dan dapat menyesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.
Peranan Kaedah Fiqh
1)Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk diguna pakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan
-Menetapkan formula terasa atau asas untuk dijadikan rujukan sebelum penyelidikan
2)Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan
-Membantu saintis, teknokrat dan jurutera mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan.
-menjadikan panduan dalam penyelidikan supaya mendapatkan rahmat dan berkat ilahi.
3)Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
-Hukum-hukum dalam kaedah fiqh digunakan untuk menjawab persoalan cabangan atau sampingan yang timbul.