5 Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan kejuruteraan
DUA
2012
SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK: 5 KAEDAH PERLAKSANAAN
PRINSIP ETIKA ISLAM
DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.
NAMA PENSYARAH: MOHD
ADNAN BIN MOHD NOOR
JABATAN: TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
PROGRAM: RANGKAIAN SESI: DIS
2015
NO
|
NAMA
|
NO PENDAFTARAN
|
1
|
AINI NADHIRAH BINTI MOHAMMAD
|
25DNS15F1026
|
2
|
NUR HAYATI BINTI AZAM
|
25DNS15F1011
|
3
|
NURAIN SYAKIRA NAJWA BINTI ROSLEE
|
25DNS15F1020
|
4
|
ZAI NURIRDINA BINTI ZULKIPLI
|
25DNS15F1014
|
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.
PENGHARGAAN 1
2.
PENDAHULUAN 2
3.
ISI
PERBINCANGAN
3.1 PRINSIP ETIKA ISLAM 3
3.2 PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS 4
TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
3.3 PERANAN PRINSIP ETIKA ISLAM 5
3.4 AMALAN TERBAIK ETKA ISLAM DALAM 6
SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3.5 PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM 7-8
DALAM
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
4.
KESIMPULAN 9
5.
RUJUKAN 10
6.
LAMPIRAN 11-12
PENGHARGAAN
Syukur
ke Hadrat Allah swt dan segala puji-pujian ke atas-Nya kerana dengan
rahmatnya,projek blog ini akhirnya berjaya disempurnakan. Melalui peluang keemasan ini, kami
ingin menyucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah
kami iaitu Tuan Haji Rosli Bin Hamid yang banyak memberi bimbingan kepada kami
untuk menyiapkan projek blog ini. Selain itu, terima kasih juga kami ingin
ucapkan kepada pensyarah subjek kami iaitu Ustaz Mohd Adnan Bin Mohd Noor yang
banyak mendorong kami dalam subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam
Islam. Di samping itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli
keluarga kami yang banyak membantu kami dalam hal kewangan dan tenaga untuk
membantu kami menyiapkan projek blog ini. Tidak dilupakan juga teman-teman yang
banyak membantu dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada kami. Projek blog
ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulangkaji bagi
kami, dan kami berharap pencapaian kami dalam mata pelajaran ini akan bertambah
baik. Semoga projek blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan
datang bagi memantapkan dan meningkatkan lagi
pengetahuan pelajar tentang Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Akhir
kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan projek blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam projek
blog ini. Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah syukur ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan.Dalam mendalami dan mempelajari
ilmu dalam mata pelajaran Sains,Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam,kami
telah dapat mempelajaridan mengetahui serba sedikit berkaitan tentang cara-cara
untuk membina sebuah log di laman sesawang.Dengan menggunakan blog,kami dapat
menjimatkan masa untuk menulis kerja kursus ini.Selain daripada itu,kami juga
dapat menjimatkan kos mencetak,membeli kertas,dakwat pencetak dan
sebagainya.Ternyata dengan wujudnya teknologi seperti ini,kami sebagai pelajar
boleh menggunakan dan mengaplikasikannya dalam menyebarkan agama Islam kepada
seluruh dunia.
Dalam melaksanakan kerja kursus ini yang telah
diberikan oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Adnan Bin Mohd Noor,kami teah membuat
keputusan untuk membuat artikel yang bertajuk Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika
Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.Pada pendapat kami,Sains Teknologi
dan Kejuruteraan tidak boleh dipisahkan dengan bidang ilmu dalam
Islam.Perkataan “Etika” berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos yang
bermaksud watak atau adat.Etika merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang
kewajipan manusia antara yang baik atau buruk.Antara asas etika dalam Islam
ialah akidah,syaiah dan akhlak.Etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan adalah sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam
melakukan dan menyelesaikan tugas mereka serta memastikan penggunaan teknologi
secara berhemah.
Semasa menyiapkan tugasan yang diberikan,kami telah
dibahagikan kepada tugas masing-masing bagi mmpercepatkan proses menyiapkan
tugasan yang telah diberikan.Antaranya ialah mencari maklumat,sebagai editor
blog,sebagai pencetus idea 1 dan 2 serta kepada hasil tugasan kami
ini.Alhamdulillah kami dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik
dan jayanya.Ribuan dan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang telah
memberikan kerjasama yang amat baik dan bertungkus lumus serta bersengkang mata
bagi menyiapkan tugasan ini dengan teratur
mengikut masa yang telah diarahkan oleh pensyarah kami.Diharapkan agar
kami semua dapat memberikan kerjasama yang lebih baik dan memberikan komitmen
sepenuhnya untuk tugasan yang bakal diberikan oleh pensyarah kami pada masa
akan datang.
Sebagai penutup bicara akhir,diharapkan agar tajuk
yang kami kongsikan dan bincangkan di dalam blog ini dapat memberikan
iktibar,pengajaran dan manfaat yang sangat berguna kepada kita terutamanya
golongan yang beragama Islam.Kita digalakkan untuk mengamalkan dan
mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam supaya tidak
terpesong dari akidah Islam yang sebenar dan mempunyai jati diri yang teguh
untuk terus mendalami,mempelajari dan memahami ilmu agama Islam secara
menyeluruh pada masa kan datang.
3.1 PRINSIP ETIKA
ISLAM
Etika
§ - Bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yng
berbahagia
§ - Satu pakej panduaan mengurus sesuatu perkara
secara terbaik
Moral
§ - Berasal dari bahasa latin Moralitas
§ - Bermaksud tingkahlaku yang baik
- Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama,
budaya dan adat sesebuah Negara
Akhlak
§ - Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
§ - Bermaksud tingkahlaku yang baik dan menjadi
amalan dalam kehidupan
§ - Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama
yang tetap
3.2 PRINSIP ETIKA ISLAM
DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
v Aqidah : Keyakinan
dan keimanan kepada rukun iman yang mengandungi enam perkara
o Prinsip ini menuntutkan suatu keyakinan yang
bersifat ghaib untuk memantau segala perbuataan manusia.
v Syariah : Peraturan
dan ketetapan hokum berdasarkan kepada Al Quran dan As-Sunnah
o Segala kerja yang melibatkan kajian sains,
teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang ditunjukkan dalam
Al-Quran dan As-Sunnah.
v Akhlak: Panduan
tingkahlaku yang mulia melbatkan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia
dan manusia dengan alam sekitarnya.
o Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan
asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang terbaik.
3.3 PERANAN PRINSIP
ETIKA ISLAM
Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat
dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baharu.
Membatas dan memantau perkara-perkara yang
boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan
masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendakah selaras dengan roh dan
maksud syariat dan etika Islam.
Sains juga tidak terlepas dari syariat dan
ketetapan hukum yang isasi bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati
kehendak syariat.
Menjaga kepentingan umum dari ketamakan
dan kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan
manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.
Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan
jurutera yang berdisiplin tinggi, berabad dan mengerti peranan manusia sebagai
khalifah di bumi.
Untuk menentukan dasar dalam aktiviti
sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan
metodologi pelaksanaannya.
3.4 AMALAN TERBAIK
ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Ø Menyakinkan
bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W.T. kita berussha ke tahap yang
sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah swt.
Ø Ikhlas
dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan manusia.
Ø Bersifat
Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah swt akan
memantau kerja manusia. Bukan bos melihat kerja kita tetapi Allah swt yang
melihatnya.
Ø Itqan
(ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja
yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik dan pasti
terbaiklah pulangannya.
Ø Bermusyawarah
dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan manusia.
Tiada kepentingan individu dan bertujuan naik pangkat.
Ø Mengekalkan
keseimbangan, kesederhana dan konsistensi dalam melaksanakan tugasan
Ø Membangunkan
teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang memberi manfaat
kepada alam dan manusia.
Ø Menjauhi
mafsadah atau kerosakkan dan kehancuran kepada urusan manusia dan alam.
3.5 PERLAKSANAAN
PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
ü
Menghasilkan penemuan
sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan.
-
Segala rekaan dan alat yang dihasilkan
hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhak manusia.
-
Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi
sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba.
-
Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan
manusia daripada merosakkan alam.
-
Keselesaan bukan tiket untuk para saintis,
teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah
ü
Menggunakan sains,
teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan
kualiti.
-
Segala ciptaan dan rekaan bukan
semata-mata bertujuan komersil atau profit.
-
Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan
matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu
melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.
-
Meningkatkan kualiti melalui penggunaan
nuclear bagi mengantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
-
Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan
inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakan dunia.
ü
Melakukan eksperimen
dengan bijaksana tanpa niat jahat.
-
Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah
berasakan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia,
flora dan fauna.
-
Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan
dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
-
Kajian yang dbuat hendaklah memikirkan
implikasi yang bakal mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna.
-
Pembedahan plastik untuk tujuan manafikan
ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang.
ü
Keperluaan
mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan Negara.
-
Keperluan memelihara agama, bangsa dan
Negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah
cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan
agama, bangsa dan Negara.
-
Justeru itu, ukan sewenang-wenangnya
tindakan bersifat sains teknologi boeh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan
dan teknologi.
-
Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan
amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun buka menjadi lesen untuk
melakuan kerosakan.
ü
Menghubungkan semua
kegiatan dengan alam metafizika.
-
Para saintis, teknokrat dan jurutera
hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen
ketuhanan dan mecari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
-
Setiap aktivti penyelidikan dan penemuan
hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam bermaksud berdasarkan
etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta
-
Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat
serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat
dan jurutera.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan amat penting kepada setiap
negara yang semakin membangun ini kerana faktor pencerobohan haram terhadap
alam sekitar tidak akan kerap berlaku. Jika seseorang individu itu tidak
mempunyai etika Islam misalnya saintis. Mereka akan berterusan membuat uji kaji
tanpa memikir akibat terhadap mangsa uji kaji mereka. Selain itu, hal ini boleh
dikatakan untuk seseorang individu itu tidak bersikap taksub kerana setiap
rezeki yang datang itu daripada ALLAH SWT dan kita sebagai hambaNya perlulah
bersabar dan teruskan berdoa. Kerana apabila sudah berusaha, pasti akan dapat
ganjarannya. Seterusnya, kita perlulah melakukan eksperimen dengan bijaksana
tanpa niat jahat. Penghasilan penemuan sains teknologi dan kejuruteraan
haruslah memberi manfaat kepada keselesaan orang ramai. Segala rekaan dan alat
yang dihasilkan haruslah tidak berkonsep kearah kerosakan akhlak individu lain.
Disamping itu, janganlah kita sebagai pereka, mereka peralatan yang melalaikan
sehingga membuat individu lain tidak menunaikan kewajiban yang sedia ada.
Rekaan yang dihasilkan perlulah menunjukkan kesan positif untuk individu lain
serta kemajuan negara. Oleh itu, etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan perlu dititikberatkan agar negara kita tak musnah alam flora dan
fauna disebabkan kerakusan para saintis.
RUJUKAN
1.
Politeknik
Malaysia, DUA2012 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. : Kementerian
Pendidikan Tinggi.
LAMPIRAN