5 Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan kejuruteraan

5 KAEDAH PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

 

PENGHARGAAN

Syukur ke Hadrat Allah swt dan segala puji-pujian ke atas-Nya kerana dengan rahmatnya,projek blog ini akhirnya berjaya disempurnakan. Melalui peluang keemasan ini, kami ingin menyucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah kami iaitu Tuan Haji Rosli Bin Hamid yang banyak memberi bimbingan kepada kami untuk menyiapkan projek blog ini. Selain itu, terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada pensyarah subjek kami iaitu Ustaz Mohd Adnan Bin Mohd Noor yang banyak mendorong kami dalam subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Di samping itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga kami yang banyak membantu kami dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu kami menyiapkan projek blog ini. Tidak dilupakan juga teman-teman yang banyak membantu dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada kami. Projek blog ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami, dan kami berharap pencapaian kami dalam mata pelajaran ini akan bertambah baik. Semoga projek blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang bagi memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar tentang Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan projek blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam projek blog ini. Sekian, terima kasih.



PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan.Dalam mendalami dan mempelajari ilmu dalam mata pelajaran Sains,Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam,kami telah dapat mempelajaridan mengetahui serba sedikit berkaitan tentang cara-cara untuk membina sebuah log di laman sesawang.Dengan menggunakan blog,kami dapat menjimatkan masa untuk menulis kerja kursus ini.Selain daripada itu,kami juga dapat menjimatkan kos mencetak,membeli kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata dengan wujudnya teknologi seperti ini,kami sebagai pelajar boleh menggunakan dan mengaplikasikannya dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh dunia.
Dalam melaksanakan kerja kursus ini yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Adnan Bin Mohd Noor,kami teah membuat keputusan untuk membuat artikel yang bertajuk Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.Pada pendapat kami,Sains Teknologi dan Kejuruteraan tidak boleh dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.Perkataan “Etika” berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos yang bermaksud watak atau adat.Etika merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia antara yang baik atau buruk.Antara asas etika dalam Islam ialah akidah,syaiah dan akhlak.Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan adalah sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan dan menyelesaikan tugas mereka serta memastikan penggunaan teknologi secara berhemah.
Semasa menyiapkan tugasan yang diberikan,kami telah dibahagikan kepada tugas masing-masing bagi mmpercepatkan proses menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Antaranya ialah mencari maklumat,sebagai editor blog,sebagai pencetus idea 1 dan 2 serta kepada hasil tugasan kami ini.Alhamdulillah kami dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik dan jayanya.Ribuan dan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dan bertungkus lumus serta bersengkang mata bagi menyiapkan tugasan ini dengan teratur  mengikut masa yang telah diarahkan oleh pensyarah kami.Diharapkan agar kami semua dapat memberikan kerjasama yang lebih baik dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk tugasan yang bakal diberikan oleh pensyarah kami pada masa akan datang.
Sebagai penutup bicara akhir,diharapkan agar tajuk yang kami kongsikan dan bincangkan di dalam blog ini dapat memberikan iktibar,pengajaran dan manfaat yang sangat berguna kepada kita terutamanya golongan yang beragama Islam.Kita digalakkan untuk mengamalkan dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam supaya tidak terpesong dari akidah Islam yang sebenar dan mempunyai jati diri yang teguh untuk terus mendalami,mempelajari dan memahami ilmu agama Islam secara menyeluruh pada masa kan datang.


3.1 PRINSIP ETIKA ISLAM

Etika
§        - Bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yng berbahagia
§        - Satu pakej panduaan mengurus sesuatu perkara secara terbaik
Moral
§        - Berasal dari bahasa latin Moralitas
§        -  Bermaksud tingkahlaku yang baik
      -  Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah Negara
Akhlak
§       -  Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
§        - Bermaksud tingkahlaku yang baik dan menjadi amalan dalam kehidupan
§        - Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama yang tetap



3.2 PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

v  Aqidah : Keyakinan dan keimanan kepada rukun iman yang mengandungi enam perkara
o   Prinsip ini menuntutkan suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau segala perbuataan manusia.

v  Syariah : Peraturan dan ketetapan hokum berdasarkan kepada Al Quran dan As-Sunnah
o   Segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang ditunjukkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

v  AkhlakPanduan tingkahlaku yang mulia melbatkan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitarnya.
o   Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang terbaik.




3.3 PERANAN PRINSIP ETIKA ISLAM
*      Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baharu.

*      Membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendakah selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.

*      Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang isasi bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat.

*      Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.

*      Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, berabad dan mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi.

*      Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya.




3.4 AMALAN TERBAIK ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Ø  Menyakinkan bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W.T. kita berussha ke tahap yang sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah swt.
Ø  Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan manusia.
Ø  Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah swt akan memantau kerja manusia. Bukan bos melihat kerja kita tetapi Allah swt yang melihatnya.
Ø  Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik dan pasti terbaiklah pulangannya.
Ø  Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan manusia. Tiada kepentingan individu dan bertujuan naik pangkat.
Ø  Mengekalkan keseimbangan, kesederhana dan konsistensi dalam melaksanakan tugasan
Ø  Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang memberi manfaat kepada alam dan manusia.
Ø  Menjauhi mafsadah atau kerosakkan dan kehancuran kepada urusan manusia dan alam.




3.5 PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
ü  Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan.

-          Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhak manusia.
-          Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba.
-          Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
-          Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah


ü  Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti.

-          Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit.
-          Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.
-          Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuclear bagi mengantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
-          Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakan dunia.


ü  Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat.

-          Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasakan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
-          Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
-          Kajian yang dbuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna.
-          Pembedahan plastik untuk tujuan manafikan ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang.


ü  Keperluaan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan Negara.

-          Keperluan memelihara agama, bangsa dan Negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara.
-          Justeru itu, ukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boeh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
-          Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun buka menjadi lesen untuk melakuan kerosakan.

ü  Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika.

-          Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mecari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
-          Setiap aktivti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam bermaksud berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta
-          Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.




KESIMPULAN

            Kesimpulannya, etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan amat penting kepada setiap negara yang semakin membangun ini kerana faktor pencerobohan haram terhadap alam sekitar tidak akan kerap berlaku. Jika seseorang individu itu tidak mempunyai etika Islam misalnya saintis. Mereka akan berterusan membuat uji kaji tanpa memikir akibat terhadap mangsa uji kaji mereka. Selain itu, hal ini boleh dikatakan untuk seseorang individu itu tidak bersikap taksub kerana setiap rezeki yang datang itu daripada ALLAH SWT dan kita sebagai hambaNya perlulah bersabar dan teruskan berdoa. Kerana apabila sudah berusaha, pasti akan dapat ganjarannya. Seterusnya, kita perlulah melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat. Penghasilan penemuan sains teknologi dan kejuruteraan haruslah memberi manfaat kepada keselesaan orang ramai. Segala rekaan dan alat yang dihasilkan haruslah tidak berkonsep kearah kerosakan akhlak individu lain. Disamping itu, janganlah kita sebagai pereka, mereka peralatan yang melalaikan sehingga membuat individu lain tidak menunaikan kewajiban yang sedia ada. Rekaan yang dihasilkan perlulah menunjukkan kesan positif untuk individu lain serta kemajuan negara. Oleh itu, etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan perlu dititikberatkan agar negara kita tak musnah alam flora dan fauna disebabkan kerakusan para saintis.




RUJUKAN
1.      Politeknik Malaysia, DUA2012 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. : Kementerian Pendidikan Tinggi.



LAMPIRAN